Abu Nujaid ‘Imran bin Hushain al
Kuza’i. Beliau adalah seorang sahabat Nabi yang masuk Islam pada ahun
peperangan Khaibar, yaitu tahun 7 H.
Beliau acap kali mengikut Nabi
dalam pelbagai jihad. Pada zaman Khalifah Umar beliau di kirim ke Basrah untuk
dakwah.
Beliau merawikan 186 hadits; di
antaranya 8 buah dalam Bukhari dan Muslim, 4 dalam Bukhari saja, 9 dalam Muslim
saja dan yang lain tersebar dalam pelbagai kitab hadits.
Beliau wafat di Basrah pada tahun
52 H dan bermakam di situ.
No comments:
Post a comment