Friday, 18 July 2014

Bilal bin Rabah


Bilal bin Rabah adalah tukang adzan dari Rasulullah SAW.
Beliau berasal dari budak belian. Pada ketika Nabi mengembangkan Islam lantas beliau masuk Islam dengan sukarela. Beliau disiksa habis-habisam oleh penghulunya bernama Umayyah bin Khalaf, tetapi beliau sabar dan tak mau menuruti perintah penghulunya yang kafir itu.
Kemudian Saidina Abu Bakar Shiddiq karena kasihannya membeli Bilal bin Rabah dan penghulunya dengan harga mahal dan sesudah itu di merdekakan oleh Abu Bakar. Itulah sebabnya maka ia diberi gelar “Maula Abu Bakar”.
Beliau pindah ke Madinah mengikuti Nabi dan menjadi sahabat yang sangat setia. Pada ketika peperangan Badar beliau berjuang melawan penghulunya yang dulu.
Beliau banyak merawikan hadist.
Pada akhir hayat beliau pindah ke Damsyik di Syam dan pernah datang lagi ke Madinah menziarahi makam Nabi. Wafat di Damsyik tahun 20 H dan bermakam di “Pintu Kecil” di sana.





Post a Comment